3 Tips Untuk Dapat Harga Jimat Di Kedai Percetakan

Khas untuk netizen yang ingin ke mana-mana kedai percetakan secara ‘walk in’. Dalam keadaan ekonomi sekarang yang memerlukan kita betul-betul merancang bajet untuk apa jua bentuk perbelanjaan, maka sebelum kita sampai ke kedai percetakan untuk mendapatkan khidmat mereka, kita mesti mengetahui perkara asas berikut untuk harga murah dan jimat mengikut kemampuan bajet anda bukan terkena atau ditipu oleh peniaga.

Perkongsian ikhlas ini adalah sebagai suatu tanda keprihatinan kami sebagai kedai percetakan yang meletakkan keperluan pelanggan sebagai suatu keutamaan.Tips berikut adalah :

1) Bertanya dahulu berapa kos reka grafik ( design ) bagi produk yang ingin anda cetak jika anda belum ada design. Ini kerana kebanyakkan kedai percetakan mengenakan cas design.Anda boleh jimat banyak jika ada sudah ada design sendiri. Ramai designer diluar yang boleh membantu anda jimat dalam kos design.Jika sudah tersedia design, bertanya dahulu berapa kos cas design yg dikenakan di kedai percetakan tersebut agar anda tahu berapa kos sebenar percetakan sahaja tanpa design.

2) Bertanya dahulu jenis material percetakan dari sudut perbezaan harga agar anda boleh memilih sesuai dengan bajet anda. Jangan biarkan kedai percetakan yang menentukan jenis material tanpa anda mengetahui kos sebenar. Sebagai contoh kain rentang ( banner ) yang murah menggunakan kain yang agak nipis dan kualiti warna yang dikurangkan berbanding dengan kain banner yang tahan lama(tebal) dan kualiti warna yang lebih cantik.

3) Bertanya perzaaan harga dalam sudut kuantiti. Ya sifirnya yang mudah anda kena faham, semakin banyak tempahan anda, semakin murah harga yang boleh anda dapatkan.

Kami BlackPrintz bukan setakat menyelesaikan keperluan percetakan pelanggan, tetapi kami memestikan pelanggan celik asas percetakan supaya mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *