Tentang Black Printz

4x2-kaki-sticker-lekat-belakang-arcrylic-1-pcscop-black-printz

BlackPrintz merupakan sebuah syarikat percetakan dan pengiklanan milik penuh bumiputera yang beroperasi di Naka , Kedah dengan menawarkan perkhidmatan percetakan dalam pelbagai variasi antaranya offset dan digital.

Dengan bersandarkan pengalaman yang ada dan berlandaskan teknologi yang canggih pada masa ini, syarikat Black Printz akan terus mengorak langkah ke hadapan bagi menyahut cabaran masa ini dan seterusnya bagi meningkatkan perkhidmatan percetakan yang terbaik, cekap, kemas, pantas, teliti dan bermutu dalam hasil produktiviti syarikat dan operasi kerja yang produktif dari setiap masa ke semasa.

Visi Syarikat

“Untuk menjadi sebuah syarikat percetakan bumiputra yang unggul, kreatif dan inovatif serta berwawasan”.

Misi Syarikat

“Menghasilkan bahan bercetak yang berkualiti tinggi  dan mengutamakan kepuasan pelanggan melalui perkhidmatan pelanggan yang cekap dan amanah”.

Objektif Syarikat

  1. Melengkapkan syarikat dengan teknologi terkini selaras dengan tenaga kerja yang cekap.
    2. Meluaskan pasaran percetakan tanpa sempadan.
    3. Meningkatkan mutu cetakan selaras dengan kehendak pelanggan dengan harga yang kompetitif.
    4. Meningkatkan inovasi profesionalisme dan kerja secara berpasukan.
    5. Memberi perkhidmatan cemerlang selepas jualan dan ulang cetak.